Tuhan Siap Bertindak

 Tuhan Siap Bertindak

"Serahkanlah hidupmu kepada TUHAN dan percayalah kepada-Nya, dan Ia akan bertindak.." Mazmur 37:5

Bilangan 10

Tiada allah lain yang ajaib seperti Allah Israel. Dia sentiasa siap bertindak menyelamatkan umat-Nya dan memberikan kemenangan dengan mengalahkan musuh-musuhnya. Dengan memberi ketetapan dan peraturan melalui Musa, sesungguhnya Allah ingin menunjukkan bahawa Dia sendiri yang memimpin perjalanan umat-Nya. Mereka tidak berjalan menurut keinginan dan kekuatan sendiri tetapi menurut kehendak-Nya dan di dalam kuasa-Nya. 

Umat harus memperhatikan dan mentaati ketetapan-Nya, maka Tuhan akan bertindak menyelamatkan umat-Nya. Nafiri adalah tanda semboyan yang harus ditiup, supaya mereka diingati di hadapan Tuhan. Maksudnya Tuhan akan bertindak bagi keselamatan mereka (ayat 9).

Musa tetap mengakui bahawa Tuhan sebagai Pemimpin Israel, tetapi dia juga meminta Hobab sebagai penunjuk jalan. Peranan Tuhan dan manusia berjalan seiring tanpa mengubah otoritas-Nya. Tabut perjanjian Tuhan sebagai lambang kehadiran dan penyertaan-Nya tetap berjalan di depan umat-Nya. 

Dalam kehidupan orang percaya, pimpinan Tuhan tetap memiliki otoritas utama. Bila ada nasihat ibubapa, saudara, rakan atau orang yang lebih berpengalaman, perlu ditinjau apakah bertentangan dengan kehendak Tuhan. Jika baik dan selaras dengan firman Tuhan, dapat disemak dan diikuti.