MELAYANILAH DENGAN HATI
Kenapa dengan hati?
AYAT INTI
1 Tawarikh 11:18 (TB)
Lalu ketiga orang itu menerobos perkemahan orang Filistin, mereka menimba air dari perigi Betlehem yang ada dekat pintu gerbang, mengangkatnya dan membawanya kepada Daud.
Bacaan hari ini : 1 Tawarikh 11:10-25. Ini merupakan kisah pahlawan-pahlawan raja Daud.
Ilustrasi : Kejayaan seorang pemimpin bukan hanya bergantung pada peribadinya. Dia memerlukan sokongan atau bantuan dari orang lain, seperti anak buah, keluarga, atau malah orang di luar organisasinya. Begitu juga dalam kehidupan bergereja. Adakah hamba Tuhan yang berjaya dalam pelayanan tanpa sokongan orang lain?. Tidak ada.
Kembali kepada firman hari ini. Perenggan ini memperlihatkan ramai orang yang berperanan di balik kejayaan Raja Daud sebagai raja. Sebuah kisah yang mengharukan dicatat di sini. Tiga ketua pasukan askar Daud dengan berani menerobos perkemahan pasukan musuh untuk mengambil air minum untuk Raja Daud dari perigi di Betlehem. Betlehem, sebagai kota kelahiran Daud, pasti menimbulkan nostalgia baginya. Raja Daud merespon dengan menunjukkan kepedulian kepada anak buahnya.
Dia memilih tidak meminum air pemberian itu, tetapi mempersembahkannya kepada Tuhan. Tanggapan itu mengungkapkan penghargaannya yang besar kepada ketiga anak buahnya tersebut. Tindakan yang mereka lakukan adalah atas dasar kasih, kerna mereka mengasihi Daud, kini digunakan Daud untuk menyatakan kasihnya kepada Tuhan. Baik Daud mahupun penyokongnya melayani dengan hati yang mengasihi Tuhan sehingga mereka juga mengasihi satu sama lain.
Aplikasinya....Bagaimana dengan kita?. Apa dasar kita melayani?. Kiranya pelayanan kita juga memiliki motivasi serupa. Kita melayani satu sama lain atas dasar kasih Tuhan yang sudah dinyatakan dalam hidup kita dan kita mengasihi Tuhan dengan sukacita. Kiranya orang yang menjadi bawahan kita memberi sokongan kepada pemimpinnya dengan sungguh-sungguh dan orang yang memimpin juga mengambil peduli anak buahnya dengan tulus.
Itu sebabnya, pagi ini marilah kita ingatkan diri kita bahawa, sokongan yang paling kuat adalah sokongan yang lahir dari hati yang mengasihi.
DOA
Ya Tuhan, terima kasih kerna memberi kami kemampuan dan kekuatan untuk mendasarkan sokongan kami kepada orang lain atas dasar kasih. Amin