Renungan Pagi - Yesus Nama Di Atas Segala Nama - 22 Jun 2024 - Pemimpin Ilahi
BERLAKULAH ADIL DAN JUJUR
Mengapa? Bagaimana?
AYAT INTI
Kolose 4:1
Hai tuan-tuan, berlakulah adil dan jujur terhadap hambamu; ingatlah, kamu juga mempunyai tuan di surga.
Bacaan hari ini : Kolose 4:1-6. Ini merupakan salah satu bahagian terakhir nasihat Paulus kepada tuan yang ada di Kolose. Apa nasihatnya?.
ILUSTRASI
Dalam suratnya kepada jemaat di Kolose, Rasul Paulus mengingatkan setiap tuan yang mempunyai hamba agar berlaku adil dan jujur (ayat 1). Berlaku adil bererti memberikan para pekerja apa yang menjadi hak mereka. Tidak memberi beban kerja lebih dari apa yang sepatutnya dikerjakan. Jujur boleh diungkapkan dengan tidak mengeksploitasi atau memanfaatkan posisi para pekerja yang lebih lemah untuk kepentingan dan keuntungan peribadi atau organisasi.
APLIKASI
Kita harus ingat bahawa hikmat dan kasih perlu dinyatakan di semua tempat, termasuk dalam keluarga dan lingkungan kerja. Jangan sampai kita dikenali sebagai dermawan di gereja, tetapi memperlakukan pekerja yang bekerja dalam keluarga kita dengan kasar atau tidak memperhatikan kebajikan para pekerja kita. Ingatlah, kita juga adalah hamba yang suatu saat kelak harus memberikan pertanggungjawaban kepada Tuhan. Di mata Tuhan, kita dan para pekerja kita sama rata dan sama berharga bagi Tuhan.
Itu sebabnya pada pagi ini, mari kita ingatkan diri kita bahawa saling menghormati atara Tuhan dan hamba adalah satu bahagian dari ibadah kita kepada Tuhan.
DOA
Ya Tuhan, terima kasih kerna memberikan kami kekuatan dan kemampuan untuk saling mempraktikan mengasihi dalam keadilan dan kejujuran kepada sesama. Amin.
#TetapSetia #TetapSemangat #TetapPositif #TetapSihat