TANGAN TUHAN MEMIMPIN DALAM KEGELAPAN Bagaimana ini boleh berlaku dalam hidup kita?

 TANGAN TUHAN MEMIMPIN DALAM KEGELAPAN
Bagaimana ini boleh berlaku dalam hidup kita?

AYAT INTI
Mazmur 139:12 (TB)
Maka kegelapan pun tidak menggelapkan bagi-Mu, dan malam menjadi terang seperti siang; kegelapan sama seperti terang.

Bacaan hari ini : Mazmur 139:7-12. Ini merupakan satu doa pujian raja Daud kepada Tuhan. Mengapa?

Ilustrasi : Ada seorang pilot tengah menerbangkan pesawatnya ketika badai menerpa. Langit kelihatan sangat gelap. Apa yang boleh dilakukannya?. Oleh kerna hal itu bukan pengalaman pertama baginya, pilot itu berusaha untuk tetap tenang. Kemudian dia bersandar kepada data dari alat-alat di pesawat sebagai pembimbingnya. Dia berusaha menyingkirkan perasaan takut, agar dapat boleh berfikir jernih dalam situasi gawat itu.

Kembali kepada bacaan firman Tuhan. Daud. Daud mengalami begitu banyak masa kegelapan. Beban hidup, ketakutan, dan kekhuatiran adalah sebagian masa gelap yang pernah memberi tekanan dalam hidupnya. Tetapi, justru pada masa-masa itulah dia semakin menyedari akan kehadiran Tuhan. Dalam kegelapan itu, kepercayaannya kepada Tuhan semakin kuat. Daud percaya bahawa kegelapan tidak pernah merintangi Tuhan untuk mengulurkan tangan-Nya dan menuntun langkahnya.

Aplikasinya : Perjalanan hidup kita tidak selamanya mudah dan senang. Tidak mungkin perjalanan kita terus-menerus bebas tanpa halangan dan terang-benderang. Terkadang perjalanan itu menjadi sangat gelap, mencekam, dan menakutkan. Bagi kita, mengalami persoalan yang datang silih berganti adalah saat ketika kita berada di tempat yang gelap. Inilah rencana Tuhan bahawa Dia hendak menguji kepercayaan kita, apakah kita percaya dan yakin bahawa di tempat segelap apa pun, tetap ada kehadiran Tuhan dan pertolongan-Nya. Di tempat segelap apa pun, Tuhan tidak akan pernah membiarkan kita terjatuh sampai tersungkur. Sebaliknya, tangan-Nya yang perkasa akan selalu menopang kita.

Itu sebabnya, pagi ini mari kita ingatkan diri kita bahawa kadang Tuhan mengizinkan kita masuk ke dalam kegelapan supaya kita dapat melihat terang dan topangan tangan-Nya.

DOA 
Ya Tuhan, terima kasih kerna memberi kami kemampuan dan kekuatan untuk yakin akan pertolongan Tuhan di kala kami berada di dalam kegelapan hidup. Amin.