JADILAH PERIBADI YANG TULUS - Mengapa? Bagaimana?

 27 JAN 2022, KHAMIS


JADILAH PERIBADI YANG TULUS


Mengapa? Bagaimana?


AYAT INTI

Mazmur 7:9 (TB)

TUHAN mengadili bangsa-bangsa. Hakimilah aku, TUHAN, apakah aku benar, dan apakah aku tulus ikhlas.


Bacaan hari ini : Mazmur 7:9-12. Ini merupakan nyanyian ratapan Daud kepada Tuhan. Daud sedar, Tuhan adalah hakim yang adil. Bagaimana Tuhan itu adil?


Ilustrasi : Sebuah kisah benar. John menceritakan. Seorang bapa menjemput anaknya yang bermain di rumah John sepulang dari kelas tambahan. Bapa itu cuma memanggil anaknya, lalu membawanya pulang. Datang tidak menyapa dan pergi tidak mengucap terima kasih. Jujur, hati saya merasa kesal, John berkata. Padahal, kami menjaga anaknya dengan sangat baik, memberinya makan dan minum. Namun, setelah merenungkannya lebih dalam, saya sedar bahawa saya menolong dengan memiliki hati yang meminta balasan.


Kembali kepada bacaan kita hari ini. Daud menuliskan Mazmur ini sebagai ungkapan perasaannya ketika diperlakukan tidak adil dan diserang oleh pembencinya. Daripada memakai kemampuannya untuk melawan, dia memilih berseru dan memohon keadilan Tuhan. Meskipun tidak bersalah, Daud tidak bersikap seolah-olah segala perbuatannya benar dan tidak perlu dibetulkan. Sebaliknya, dia begitu terbuka untuk diselidiki oleh Hakim semesta alam, Tuhan Pencipta. Tuhan menyelidiki fikiran dan hati kita; tidak ada yang tersembunyi bagi-Nya.


Aplikasinya... Apakah kita mempunyai kesedaran seperti Daud?. Kita sepatutnya memiliki kesedaran semacam itu. Segala sesuatu yang kita fikirkan dan lakukan bagaikan buku yang terbuka di hadapan Tuhan. Segala perasaan yang tersembunyi tidak akan terlepas dari pandangan-Nya. Bukan itu sahaja, peristiwa di atas sepatutnya mencelikkan kita, jika selama ini kita kurang terbuka untuk diselidiki oleh Tuhan. Kadang Tuhan memakai sikap buruk orang lain untuk menyedarkan kita, bahawa kita masih perlu belajar erti ketulusan. Jadi, bagaimana? Apakah kita bersedia diselidiki oleh Tuhan?. Mari bersedia.


Itu sebabnya pagi ini, panggilan untuk kita ialah, biarlah ketulusan kita lahir dari hati yang benar-benar, kerna apapun itu, Tuhan maha tahu segala yang tersembunyi.


DOA 

Ya Tuhan, terima kasih kerna memberi kami kemampuan dan kekuatan untuk memiliki hati yang tulus. Amin.