HARAP TETAP TENANG
Mengapa? Bagaimana?
AYAT INTI
Mazmur 62:9 (TB)
Curahkanlah isi hatimu di hadapan-Nya; Allah ialah tempat perlindungan kita.
Bacaan hari ini : Mazmur 62. Ini merupakan salah satu pujian Raja Daud atas kebaikan Tuhan di saat dia menghadapi masalah. Bagaimana ini boleh terjadi?
Daud bukanlah manusia yang bebas dari masalah.
Bahkan dia pernah diburu dan terancam bahaya maut, bukan kerna bersalah malah diburu kerna dia melakukan hal yang benar. Kerna Raja Saul iri hati kepada nya, Daud diburu untuk dibunuh.
Kesesakan dan ketakutan menjadi kawan akrabnya.
Tetapi, Daud mendapatkan ketenangan apabila datang kepada Tuhan. Dia tahu bahawa Tuhan menyertai dan melindunginya.
Dia mencurahkan segala isi hati kepada Tuhan yang hidup (ay. 8). Dia memercayakan diri sepenuhnya kepada Tuhan.
Sumber https://www.resso.com |
Apa aplikasi kisah ini untuk kita?.
Sedar atau tidak, selama kita hidup di dunia, masalah akan selalu ada. Tetap saja, kita merasa panik ketika hal itu terjadi. Rasa khuatir cepat menyerang kita daripada mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut. Sampai pada tahap tertentu, hal itu masih wajar.
Namun, kita juga perlu mengingat bahawa kita memiliki tempat yang tepat untuk mencurahkan segala masalah kita.
Ketika gundah gulana meliputi hati, kita boleh datang menghampiri Tuhan. Kita boleh tetap tenang, tidak dikuasai kepanikan, dengan menyapa Tuhan dalam doa.
Sedarlah bahawa, Tuhan mengerti apa yang sedang terjadi dalam hidup kita. Jika Tuhan mengizinkan hal itu terjadi, Dia tentu sudah mempersiapkan jalan keluar dari masalah itu bagi kita.
Seperti sikap Daud, marilah kita datang kepada Tuhan, sumber jawaban dan jalan keluar bagi setiap masalah dalam hidup kita.
Kita boleh datang dan bersujud di hadapan-Nya, menaikkan doa, mencurahkan keluhan dan kesesakan di dada. Dan nantikanlah kelegaan dan jalan keluar dari-Nya.
Oleh sebab itu, pagi ini marilah kita ingatkan diri kita bahawa solusi atau penyelasaian dan Tuhan hanyalah sejauh doa.
DOA
Ya Tuhan, terima kasih kerna memberi kami kemampuan dan kekuatan untuk terus boleh datang kepadaMu dalam doa. Amin.