GARAM YANG TERSEMBUNYI
Apa ertinya?
AYAT INTI
Matius 5:13 (TB)
Kamu adalah garam dunia.
Bacaan hari ini : Matius 5:13-16. Ini merupakan perkataan sendiri Yesus Kristus secara langsung kepada murid-muridnya menjadi garam. Apa ertinya menjadi garam?.
Ilustrasi : Selain melazatkan makanan, garam lazim digunakan untuk mengawetkan makanan, mencegah pembusukan. Garam adalah alternatif terbaik untuk menghalau kuman dan mencegah jangkitan kerna gigitan serangga. Garam boleh digunakan untuk memadamkan api, juga mencairkan ais yang membeku. Melalui Google, kita masih boleh menemukan 14,000 lebih manfaat garam dalam kehidupan manusia.
Kembali kepada firman Tuhan. Tuhan Yesus menyamakan kita dengan garam, “Kamu adalah garam dunia.” Seperti garam yang memberi banyak manfaat, Tuhan ingin kita memberkati kehidupan banyak orang. Namun, hakikat garam itu bersifat terpendam atau tersembunyi. Yang uniknya, garam itu melazatkan atau memberi rasa kepada makanan tanpa pernah menjadi makanan itu sendiri. Apa erti rohaninya?
Aplikasinya.... Itu bererti menjadi garam dunia ini, menuntut kita dalam memberkati atau menjadi berkat tetapi tidak perlu menonjolkan diri, memberi manfaat tanpa menunjuk-nunjuk diri. Tidak perlu menjadi superman, tidak perlu jadi popular, bahkan tanpa meminta balasan. Kita bukan superstar, tetapi dipilih Tuhan untuk membuka jalan kepada seorang bintang. Kita tetap tersembunyi meskipun sumbangan kita menyemarakkan dunia. Kita mewarnai keberhasilan orang lain tanpa menerima piala atau medal. Kita adalah pahlawan yang tidak dikenal yang memerdekakan kehidupan orang lain. Namun dalam hal ini, tahukah anda bahawa di sebalik sebutir garam itu tersembunyi kerendahan hati? Menjadi garam dunia itu bekerja dengan baik dan benar, tetap tulus dan jujur meski kelicikan dan kepicikan sentiasa ada. Pertanyaan terakhir... Apakah anda bersedia menggarami orang-orang di sekitar anda, termasuk mereka yang menolak anda?.
Itu sebabnya pagi ini, marilah kita ingatkan diri kita bahawa menjadi garam dunia bererti memberkati sesama dengan sikap kerendahan hati.
DOA
Ya Tuhan, terima kasih kerna memberi kami kemampuan dan kekuatan untuk terus menjadi garam, menjadi berkat kepada orang lain dengan penuh kerendahan hati. Amin.
#BG #TetapSetia #TetapSemangat #TetapPositif